Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

185) TAPAK BAGI PEMBINAAN SURAU DI KAWASAN PERUMAHAN KOS RENDAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Surau bagi penduduk Islam di flat Taman Prima Selayang yang berjumlah lebih 300 keluarga disediakan di sebuah unit flat di tingkat bawah Blok A. Keperluan bagi mendapatkan sebuah tapak yang sesuai bagi membina sebuah surau yang lebih selesa telah pun dimajukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan pernah saya bangkitkan dalam Sidang Dewan yang lalu. Sayugia dimaklumkan bahawa di kawasan yang sama telah ada kuil Hindu dan tokong bagi kaum cina dan ini menjadikan orang Islam setempat merasakan kebajikan mereka telah tidak diendahkan oleh Kerajaan Negeri. BAdakah usaha serius dibuat oleh Majlis Perbandaran Selayang untuk mengenal pasti tapak bagi membangunkan surau untuk penduduk Islam di kawasan berkenaan oleh kerana adalah mustahil untuk penduduk di situ mengenal pasti sendiri tapak yang sesuai bagi maksud tersebut?

    Berdasarkan pelan kawasan Tman Prima Selayang sememangnya telah tiada kawasan tambahan yang boleh dijadikan tapak surau mengikut kelulusan pembangunan yang telah

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan penduduk Islam di kawasan flat ini dan kawasan-kawasan serupa di dalam Negeri Selangor mendapat surau yang lebih selesa bagi menjalankan aktiviti keagamaan dan kebajikan ummah?

    Penyediaan kemudahan awam seperti surau dan lain-lain kemudahan dalan sesebuah kawasan perumahan adalah tertakluk kepada garis panduan piawaian Perancangan Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.