Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

133) TAPAK BAGI PEMBINAAN SURAU DI KAWASAN-KAWASAN PERUMAHAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sudahkah pihak Majlis Perbandaran Selayang mengenal pasti tapak bagi membangunkan surau untuk penduduk di kawasan Prima Selayang?

  2. Ingin menyarankan supaya tapak bagi pembinaan surau diberi perhatian dan keutamaan sebagaimana yang diberikan kepada kemudahan asas lain seperti api dan air bagi semua kawasan perumahan yang dibangunkan dalam negeri Selangor.

  3. Ingin menyarankan juga supaya Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak mementingkan faktor komersil dengan menswastakan tapak tanah milik mereka bagi mendapatkan dana yang hanya memihak kepada kepentingan individu tertentu tetapi menafikan hak orang ramai./

Lampiran

Tiada Lampiran.