Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
223) TANGKI SIMPANAN AIR TERCEMAR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah prosedur penyelenggaraan tangki simpanan air di flat-flat kediaman bagi mengelakkan ia tercemar?
Setakat ini tiada prosedur khusus ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam penyelenggaraan tangki simpanan air di flat-flat kediaman.
-
Siapakah yang lantik oleh kerajaan negeri untuk memastikan bekalan air yang disalurkan kepada penduduk tidak tercemar?
Berdasarkan perundangan sedia ada, pengurusan bangunan pangsapuri termasuk penyelenggaraan tangki simpanan air adalah menjadi tanggungjawab Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) yang merupakan jawatankuasa yang terdiri daripada pemilik. Manakala pembiayaan kos bagi pengurusan bangunan adalah diperoleh daripada pembayaran caj yang dibuat oleh semua pemilik di pangsapuri.