Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

53) TANGGUNGJAWAB SELCARE DAN STFO

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah tanggung jawab yang diberikan kepada Selcare dan STFO.

    Usaha dalam memerangi COVID-19 memerlukan kerjasama yang menyeluruh dan bersepadu. Penglibatan pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran dan keupayaan khusus mampu memastikan penularan pandemik COVID-19 dapat dikekang. Dalam konteks Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Selcare Management Sdn Bhd (SELCARE) dan Selangor Task Force Operation (STFO) merupakan antara pihak yang memainkan peranan penting dalam usaha mengawal situasi COVID-19 di Negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, senarai jumlah tanggungjawab yang diberikan kepada Selcare dan STFO adalah seperti berikut:

    SELCARE

     

    1. Menyediakan pasukan perubatan berkemahiran untuk menjalankan kerja kerja saringan COVID-19;
    2. Menyediakan sistem pendaftaran dan pemakluman keputusan;
    • Membuat pemakluman kepada sistem SIMKA;
    1. Membuat laporan kepada enotifikasi bagi penyakit berjangkit;
    2. Mengurus sisa klinikal hasil daripada ujian saringan; dan
    3. Menyediakan kit ujian pantas antigen.

    STFO 

    1. Membuat saringan COVID-19 di kawasan-kawasan yang disyaki terdapat banyak kes positif COVID-19;
    2. Mengklasifikan industri mengikut tahap risiko (tinggi, rendah dan medium;
    • Mengklasifikasikan kes-kes positif di kilang mengikut kategori dan keperluan untuk dikuarantin;
    1. Pengenalan dan pengaplikasian sistem Prevention of Outbreak At Ignition Sites (POIS) kepada industri dan institusi dengan cara memperkenalkan garis panduan dan SOP yang bersesuaian untuk digunakan bagi meneruskan operasi kilang;
    2. Mengenalpasti kilang-kilang yang memiliki kes-kes positif COVID-19 tertinggi di Negeri Selangor bagi tujuan pelaksanaan program POIS;
    3. Mengendali dan memantau program-program yang melibatkan pihak perindustrian dengan bertujuan bagi memastikan pematuhan ke atas garis panduan yang telah dikeluarkan dilaksanakan, menjalankan program saringan bersasar dalam kalangan pekerja sektor industri dan juga menggerakkan program-program advokasi selaras dengan konsep tunjang POIS bagi menyokong dan menampung keperluan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor;
    • Melaksanakan latihan scrum master di peringkat PBT melalui program ‘Training of Trainers’ dan juga di peringkat industri bagi kilang-kilang yang terlibat; dan
    • Menghasilkan garis panduan bagi universiti / sekolah / institusi untuk terus beroperasi.
  2. Sila senaraikan jumlah petugas dan posisi di bawah setiap agensi berkenaan.

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, senarai jumlah petugas dan posisi di bawah SELCARE dan Selangor Task Force Operation (STFO) adalah seperti berikut:

     

    SELCARE

    Posisi Jumlah
    Pegawai Perubatan 20 orang
    Jururawat / pembantu klinikal 20 orang
    Petugas teknikal & makmal 20 orang
    Jumlah Keseluruhan 60 orang

     

    STFO

    Posisi Jumlah
    Pengarah Operasi 1 orang
    Pegawai Khas 1 orang
    Setiausaha 1 orang
    Pembantu Pegawai Perubatan POIS 1 orang
    Pengurus POIS (Sekolah dan Universiti) 1 orang
    Pengurus POIS (Industri) 1 orang
    Pegawai Media 1 orang
    Jumlah Keseluruhan 7 orang

Lampiran

Tiada Lampiran.