Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

26) TANGGUNGJAWAB KORPORAT SOSIAL (CSR) ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan aktiviti CSR yang dilaksanakan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2018-2021?

    Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) sentiasa melaksanakan tanggungjawab sosial korporat melalui program-program yang dilaksanakan oleh Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat di bawah MBI. Terdapat program yang dilaksanakan pada setiap tahun seperti program Hal Ehwal Islam merangkumi Program Ihya’ Ramadhan, Program Lembu Korban dan Program Insentif Haji Muassasah. Selain itu, Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dan juga Program Jelajah Kembali Ke Sekolah turut diadakan saban tahun. Semenjak pandemik Covid-19 melanda negara ini, Kerajaan Negeri Selangor (KNS) telah mengumumkan beberapa Pakej Rangsangan yang bertujuan untuk membantu rakyat. Pakej Rangsangan itu ialah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Fasa 1 dan Fasa 2 yang berlangsung pada tahun 2020. Kemudian, pada tahun 2021 KNS telah mengumumkan dua lagi Pakej Rangsangan yg dinamakan sebagai Pakej Kita Selangor 1.0 dan 2.0.

    MBI telah terlibat di dalam semua Pakej Rangsangan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Antara sumbangan MBI ialah:-

    1. Insentif RM200 (one-off) untuk petugas barisan hadapan di hospital negeri Selangor
    2. Bantuan makanan untuk mahasiswa / mahasiswi di UNISEL
    3. Bantuan makanan untuk mahasiswa / mahasiswi di KUIS
    4. Bantuan makanan untuk petugas keselamatan
    5. Bantuan makanan untuk petugas barisan hadapan di hospital negeri Selangor

    Sumbangan MBI untuk Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Fasa 2 tahun 2020 ialah :-

    1. Insentif penjagaan anak-anak kakitangan petugas barisan hadapan Jabatan Kerajaan di Selangor
    2. Bantuan makanan untuk mahasiswa / mahasiswi di UNISEL
    3. Bantuan makanan untuk mahasiswa / mahasiswi di KUIS
    4. Bantuan makanan untuk petugas keselamatan
    5. Bantuan makanan untuk petugas barisan hadapan di hospital negeri Selangor
    6. Bantuan makanan untuk pengamal media
    7. Aplikasi e-learning sepanjang tempoh dua bulan secara percuma bersama Yayasan Selangor

    Sumbangan MBI untuk Pakej Kita Selangor 1.0 tahun 2021 pula ialah :-

    1. Bantuan makanan frontliners (Hospital & SJR)
    2. Bakul makanan Orang Asal
    3. Inisiatif Cakna Anak Barisan Hadapan (TASKA)
    4. Portal e-PTRS

    Program yang dijalankan bagi Pakej Kita Selangor 2.0 tahun 2021 ialah Inisiatif Rebat Pengangkutan Grab Bagi Pengambilan Vaksin Covid-19 Ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

    Selain itu, MBI juga telah melaksanakan program khas dalam kategori Pelan Bantuan Covid-19. Antara program-program itu ialah :-

    1. Bantuan Makanan Bermasak Frontliners (PPV Bukan Kesihatan Negeri Selangor)
    2. Baucar Barangan Runcit
    3. Sumbangan Bakul Makanan
    4. Sumbangan Peranti
    5. Lanjutan Inisiatif Cakna Anak Barisan Hadapan (Operasi Taska Sementara PKRC MAEPS, Serdang)
  2. Apakah sasaran pelaksanaan CSR oleh anak syarikat Kerajaan Negeri sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda dari tahun 2020 hingga kini?

    MBI sentiasa cakna terhadap keperluan rakyat dalam menghadapi pandemik Covid-19 ini. MBI telah memperuntukkan sejumlah besar dana bagi membiayai program-program yang telah dinyatakan di dalam jawapan (a) di atas.

    MBI juga sentiasa bersedia untuk bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Selangor (KNS) bagi menjayakan apa jua inisiatif yang telah diumumkan oleh KNS. Ini telah dibuktikan dengan penglibatan MBI di dalam setiap inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor iaitu Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Fasa 1 & Fasa 2 serta Pakej Kita Selangor 1.0 & 2.0.

Lampiran

Tiada Lampiran.