Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
160) TANGGUNGJAWAB KERAJAAN NEGERI UNTIL PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV)
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV)?
Kerajaan Negeri melalui COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) Selangor berkerjasama rapat dengan CITF Pusat dalam mengenalpasti lokasi PPV berdasarkan pertimbangan seperti berikut:
- Bilangan populasi di sesuatu lokaliti
- Infrastruktur yang bersesuaian di sesuatu lokaliti
- Jarak di antara Pusat Simpanan Vaksin (PSV) dengan sesebuah PPV
-
Apakah KPI Kerajaan Negeri untuk kapasiti PPV di seluruh Negeri Selangor menjelang 1hb Jun 2021 dan 1hb Julai 2021 dan 1hb Ogos 2021?
Kerajaan Negeri mensasarkan kapasiti PPV di seluruh Negeri Selangor seperti berikut
- Julai 2021 : 135,000 kapasiti/hari
- Ogos 2021 : 165,000 kapasiti/hari