Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
2) TANGGUNGAN / HUTANG KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan sehingga 2012?
Sehingga 31 Mei 2012, hutang Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM899,374,915.09. Perincian hutang tersebut adalah seperti berikut:
BIL NAMA PROJEK BAKI PINJAMAN (RM) POKOK FAEDAH JUMLAH 1. Penjadualan Semula Pinjaman Bekalan Air 738,564,981.45 0.00 738,564,981.45 2. Penjadualan Semula Pinjaman PAKR 61,955,242.52 23,953,407.56 85,908,650.08 3. Amanah Saham Selangor (ASAS)
17,769,505.90 4,951,047.66 22,720,553.56 4. Zon Perindustrian Sungei Way 41,557,097.27 10,623,632.73 52,180,730.00 JUMLAH KESELURUHAN 859,846,827.14 39,528,087.95 899,374,915.09 -
Berapakah jumlah hutang kerajaan negeri kepada pihak Syabas berdasarkan tuntutan saman di mahkamah?
Jumlah hutang Kerajaan Negeri Selangor kepada pihak SYABAS berdasarkan tuntutan saman di mahkamah adalah berjumlah RM1,054,208,382.00.