Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

194) TANDAS AWAM

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan SOP pengurusan tandas awam di Selangor

    Pada masa kini, pengurusan tandas awam dikawal selia melalui tatacara dan peraturan yang ditetapkan oleh Undang-undang Kecil Tandas Awam 2005. Pada masa yang sama, PBT akan melaksanakan pengauditan tandas awam berdasarkan Garis Panduan Sistem Penarafan Bintang yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan tandas awam terurus dengan baik?

    Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa menjalankan pemeriksaan dan pengauditan ke atas tandas-tandas awam secara rutin dan berjadual. Di samping itu, PBT juga melaksanakan sistem penggredan dan status semasa kebersihan tandas dipamerkan melalui pelekat di dinding hadapan tandas. Notis arahan penambahbaikan juga dikeluarkan pada pemilik/kontraktor tandas awam bagi tujuan meningkatkan tahap kebersihan tandas awam. Bagi notis arahan yang tidak dipatuhi, tindakan notis kompaun/ kesalahan boleh dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil Tandas Awam 2005.

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan mutu kebersihan tandas awam di Selangor?

    Kerajaan Negeri memandang berat terhadap mutu kebersihan tandas awam di Negeri Selangor. Oleh itu, Kerajaan Negeri melalui PBT memastikan supaya :

    • Tandas sentiasa dalam keadaan baik melalui kerja-kerja pembersihan berjadual;
    • Mengedarkan risalah berkaitan Kempen Penjagaan Kebersihan Tandas Awam dalam pelbagai program kempen kesihatan;
    • Sering membuat program Kempen Kesedaran mengenai kebersihan tandas awam serta cara menguruskannya;
    • Sentiasa mempunyai peruntukan yang secukupnya bagi penyelenggaraan kerosakan tandas dengan kadar segera; dan
    • Mencari idea lebih berkesan berkaitan persepsi masyarakat supaya sama-sama menjaga kebersihan tandas awam dengan slogan kata ‘Kebersihan Tandas adalah Tanggungjawab Bersama’.

Lampiran

Tiada Lampiran.