Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
183) TANAMAN SEMULA KELAPA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa keluasan tanah yang telah ditanam semula dgn tanaman kelapa mengikut daerah di negeri Selangor?
Keluasan tanaman semula kelapa adalah seluas 151.68 hektar. Pecahan keluasan mengikut daerah adalah seperti berikut:
Bil Daerah Keluasan (ha) 1 Klang 0.6 2 Kuala Selangor 53.4 3 Sabak Bernam 95.31 4 Kuala Langat 2.37 JUMLAH 151.68 -
Adakah kelewatan pelaksanaan projek tanaman semula kelapa dan sebab-sebab kelewatan tersebut?
Punca kelewatan pelaksanaan projek tanaman semula kelapa adalah kesukaran mendapatkan benih kelapa matag. Sehingga kini seluas 24 hektar kawasan tanaman semula kelapa di daerah Sabak Bernam masih belum menerima bekalan benih kelapa