Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

93) TANAMAN POKOK KAYU BAKAU

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi membendung aktiviti penebangan kayu bakau secara haram sehingga menyebabkan hakisan tanah di dalam Negeri ini?

    Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) sentiasa melakukan pemantauan ke atas kawasan-kawasan berhutan di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal, Tanah Kerajaan dan Tanah Milik yang melibatkan hutan paya laut di dalam Negeri Selangor kerana kawasan hutan paya laut adalah juga merupakan kawasan yang dikategorikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar. Bermula bulan Januari sehingga Oktober 2018 sebanyak 80 rondaan pemantauan telah dilakukan oleh JPNS khusus untuk kawasan Hutan Paya Laut. Rondaan pemantauan ini merangkumi darat, udara (dron) dan laut. Rekod sehingga bulan Oktober 2018, terdapat lima (5) kes melibatkan penebangan atau pengambilan kayu bakau secara haram berjaya dikesan di Selangor dan 2 daripada kes tersebut telah berjaya dibuat pertuduhan di Mahkamah Majistret Klang. Berikut merupakan senarai kes-kes melibatkan kayu bakau yang berjaya dikesan pada tahun 2018: –

    BIL TARIKH

    TANGK APAN

    LOKASI BIL.

    POKO K  YANG

    TERLI BAT

    KEPUTUSAN
    1 28/2/2018 Pulau Carey 140 Dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan oleh Mahkamah Majistret Klang.
    2 3/6/2018 Pulau Indah 184 Dijatuhkan hukuman denda RM23,000 oleh Mahkamah Majistret Klang.
    3 30/3/2018 Sungai

    Labuhan Gurap, Pulau Indah

    10,000 Kes ini telah di “NFA” kerana tiada            bukti                     yang

    menunjukkan                OKT

    mengambil                                                      atau memindahkan           10,000 batang kayu bakau yang telah ditemui di dalam tanah milik Central Spectrum Sdn. Bhd.

    4 27/4/2018 Kapar 300 Telah   dikompaun   RM1,000.00 oleh JPNS
    5 30/5/2018 Hutan

    Simpan Telok Gedung

    212 Kes ini telah di “NFA” kerana tiada suspek yang ditemui ketika serbuan dijalankan.
  2. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi memelihara dan memulihara tanaman pokok kayu bakau sebagai inisiatif penebatan banjir?

    Pihak JPNS telah menjalankan program-program penanaman pokok bakau secara komprehensif dengan penglibatan daripada pelbagai peringkat seperti pihak jabatan, agensi kerajaan dan swasta, NGO, IPTA, IPTS, syarikat, penduduk kampung, individu dan sebagainya.

    Bajet peruntukan bagi program-program penanaman pokok dibiayai melalui peruntukan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Projek Pembangunan (P10) dan peruntukan Pejabat EXCO serta UPEN melalui Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, bajet peruntukan juga diperolehi daripada projek pembangunan diperingkat Kerajaan Persekutuan melalui Ibupejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) atau Kementerian Air, Tanah dan Sumber Alam (KATS) atau dahulunya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

    Bagi tahun 2018 sahaja, sejumlah enam (6) kempen kesedaran atau program penanaman pokok bakau telah berjaya dilaksanakan. Program ini melibatkan peserta seramai lebih kurang 8,000 orang dengan keluasan kawasan adalah lebih kurang 8.0 ha. Pada tahun ini juga, DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tuanku Permaisuri Selangor telah berkenan bercemar duli untuk menjalankan aktiviti penanaman pokok bersama rakyat negeri Selangor di Hutan Simpan Sepang Kechil pada 18.3.2018. Selain itu, sambutan Hari Hutan Antarabangsa Tahun 2018 dan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2018 juga telah diadakan di HS Kuala Bernam, Daerah Sabak Bernam. Program terkini yang telah dilaksanakan adalah bersempena

    dengan Persidangan Pengarah-Pengarah Negeri Semenanjung Malaysia yang dilaksanakan di HS Pulau Klang. Jumlah pokok yang ditanam bagi keseluruhan program pada tahun ini adalah 23,500 pokok.

    Jenis dirian pokok bakau yang berlapis-lapis mengikut kesesuaian habitat memainkan peranan dan fungsi masing-masing. Kepadatan pokok yang tinggi di dalam sesuatu boleh menjadi kepada pemecah ombak dan menghalang hakisan pantai serta mengurangkan kelajuan air daripada laut ke pinggir-pinggir pantai.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.