Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
230) TANAMAN POKOK BERRIES
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan merancang untuk melaksanakan kempen penanaman pokok berbuah (berries) di taman kanak-kanak? Berries ini boleh dimakan oleh kanak-kanak sebagai zat tambahan vitamin C, contoh mulberry, ceri, kemunting, guava, letup-letup dan senduduk.
Pada masa ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk melaksanakan kempen penanaman pokok berries di taman kanak-kanak yang diselenggara oleh PBT. Berdasarkan semakan dengan Jabatan Landskap PBT, diperhatikan bahawa pokok yang berbuah seperti berries, ceri, mulberry dan sebagainya ini akan mengundang kehadiran burung-burung, serangga dan haiwan tertentu yang boleh menyebabkan kacau ganggu dan kekotoran ke atas taman permainan kanak-kanak. Oleh yang demikian, saya berpandangan cadangan penanaman pokok-pokok berbuah ini boleh diteliti di lokasi yang bersesuaian oleh Jawatankuasa Penduduk melalui aktiviti Kebun Komuniti.