Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
112) TANAMAN POKOK
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Memandangkan kemerosotan kualiti udara di Selangor, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggesa PBT menanam lebih banyak pokok dan mengenakan syarat yang lebih ketat seperti meningkatkan penanaman pokok bagi setiap kebenaran merancang yang diberikan untuk pembangunan?
- Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan semua PBT untuk menanam lebih banyak pokok erutama pokok-pokok teduhan. Bagi tahun 2009 Kerajaan Negeri telah mensasarkan sebanyak 800,000 untuk ditanam di Negeri Selangor. Penanaman pokok oleh pemaju sangat digalakkan oleh PBT. Dalam setiap Kebenaran Merancang yang diluluskan oleh Majlis, pemaju akan disyaratkan untuk menanam sejumlah pokok tertentu dan setiap pemaju perlu mengemukakan pelan landskap untuk diluluskan oleh Majlis.
-
Berapakah jumlah pokok yang mesti ditanam oleh setiap PBT setiap tahun dan sudahkah mereka melaksanakannya? Sila berikan butir-butir
Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran sebanyak 800,000 pokok untuk ditanam pada tahun 2009. Sehingga Mac 2009 jumlah pokok yang ditanam oleh setiap PBT adalah seperti berikut :
PBT Sasaran 2009 Pencapaian sehingga Mac 2009 MBSA 100,000 10,918 MBPJ 100,000 6,296 MPK 80,000 6,785 MPSJ 80,000 4,164 MPAJ 75,000 4,385 MPKj 75,000 5,875 MPS 80,000 6,589 MPSp 75,000 3,870 MDKS 45,000 6,345 MDKL 35,000 1,007 MDHS 35,000 5,200 MDSB 20,000 1,253 JUMLAH 800,000 62,687