Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

116) TANAMAN PADI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedar bahawa hanya benih padi calet pada musim ini telah dinaikkan harganya oleh pembekal-pembekal benih padi calet di kawasan Barat Laut Tanjong Karang dan Sabak Bernam ?

    Kerajaan Negeri Selangor memang menyedari bahawa masih terdapat kawasan
    pekebun kecil kelapa yang tidak lagi produktif khususnya di daerah Kuala Selangor,
    Sabak Bernam, Kuala Langat dan Klang.

  2. Kenaikan harga ini telah membebankan petani yang terdiri dari pesawah / pekebun kecil yang berpendapatan rendah yang telah terpaksa menanggung kos tanaman yang lebih tinggi. Jika sedar apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan hanya benih padi calet dapat diturunkan ?

    Anggaran keluasan keseluruhan kawasan tanaman kelapa yang terlibat adalah 16,000
    hektar di seluruh Negeri Selangor. Program pemulihan kelapa merupakan antara
    program yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor sejak tahun 1998.
    Program ini diteruskan pada tahun 2010

    Pada tahun 2010, peruntukan pembangunan untuk tanaman kelapa telah diagihkan oleh
    kerajaan negeri melalui program pembangunan tanaman makanan berjumlah RM
    700,000.00. Program pembangunan tanaman kelapa tahun 2010 akan melibatkan 93
    petani dengan keluasan 112.5 hektar di Sabak Bernam dengan peruntukan yang
    diperlukan sebanyak RM563,764.00. Mana di Kuala Selangor melibatkan 15 petani
    dengan keluasan 68 hektar dengan peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak
    RM94,110.00

Lampiran

Tiada Lampiran.