Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

304) TANAMAN KONTAN DI TAPAK REZAB HUTAN KUALA LANGAT

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan berkenan pekebun sayur yang menjalankan aktiviti tanaman kontan di tapak tanah rizab Hutan Kuala Langat?

    Pada tahun 2008, Pihak Berkuasa Negeri telah membuat keputusan bahawa kesemua Permit Penggunaan di Negeri Selangor telah dibekukan. Manakala Permit Penggunaan yang melibatkan aktiviti tanaman kontan di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan yang telah dibatalkan dan sementara bagi kawasan Projek Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang mana projek ini adalah di bawah penyeliaan Jabatan Pertanian Negeri

     

    Pihak Berkuasa Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sedang membuat semakan secara menyeluruh mengenai status penggunaan tanah di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara khususnya di kawasan yang telah diberikan Permit Penggunaan sebelum ini dan disekitar kawasan sekelilingnya yang diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana pihak JPNS merancang untuk menyediakan satu pelan pengurusan hutan paya gambut secara komprehensif bagi tujuan pengurusan hutan-hutan paya gambut di kawasan tersebut dalam jangka masa panjang.

     

    Pada masa kini juga, JPNS sedang mengenalpasti ke atas semua senarai penama pemegang Permit Penggunaan bagi tujuan pemutihan. Semakan dilapangan juga sedang dilaksanakan bagi memastikan hanya pemegang- pemegang Permit Penggunaan yang tulen sahaja yang diberi kelulusan  secara Permit Penggunaan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti Perhutanan- tani di kawasan-kawasan yang telah terosot tersebut.

  2. Bolehkah mereka diluluskan Lesen Menduduki Sementara (T. O. L)?

    Pihak JPNS dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri boleh meluluskan aktiviti-aktiviti Perhutanan-tani melalui Permit Penggunaan seperti yang diperuntukan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. JPNS akan menyediakan satu Kertas Ringkasan untuk makluman kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi mendapatkan pandangan mengenai penggunaan tanah di dalam Hutan Simpanan Kekal di kawasan

  3. Apakah jenis bantuan kerajaan bagi kepada pekebun-pekebun?

    Tiada bantuan diberikan oleh pihak Kerajaan kepada pekebun-pekebun yang sedang menjalankan kegiatan aktiviti tanaman kontan kerana pihak Berkuasa Negeri hanya akan menyalurkan bantuan sekiranya pengusaha-pengusaha kebun tersebut adalah orang yang telah diberikan kebenaran untuk menduduki tanah tersebut secara Permit Penggunaan

Lampiran

Tiada Lampiran.