Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

168) TANAMAN KELAPA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedar terdapat banyak kawasan pekebun kecil tanaman kelapa yang telah tua dan tidak produktif lagi ?

    Kerajaan Negeri Selangor memang menyedari bahawa masih terdapat kawasan
    pekebun kecil kelapa yang tidak lagi produktif khususnya di daerah Kuala Selangor,
    Sabak Bernam, Kuala Langat dan Klang.

  2. Jika sedar berapakah keluasan kawasan terlibat. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk memulihkan semula tanaman kelapa yang dimiliki oleh pekebunpekebun kecil tersebut ?

    Anggaran keluasan keseluruhan kawasan tanaman kelapa yang terlibat adalah 16,000
    hektar di seluruh Negeri Selangor. Program pemulihan kelapa merupakan antara
    program yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor sejak tahun 1998.
    Program ini diteruskan pada tahun 2010.

  3. Berapakah jumlah peruntukan pembangunan yang disediakan dalam tahun 2010 kepada sektor pekebun kecil tanaman kelapa di Selangor. Sila senaraikan pembahagian peruntukan tersebut mengikut daerah-daerah dan keluasan tanaman yang terlibat

    Pada tahun 2010, peruntukan pembangunan untuk tanaman kelapa telah diagihkan oleh
    kerajaan negeri melalui program pembangunan tanaman makanan berjumlah RM
    700,000.00. Program pembangunan tanaman kelapa tahun 2010 akan melibatkan 93
    petani dengan keluasan 112.5 hektar di Sabak Bernam dengan peruntukan yang
    diperlukan sebanyak RM563,764.00. Mana di Kuala Selangor melibatkan 15 petani
    dengan keluasan 68 hektar dengan peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak
    RM94,110.00

Lampiran

Tiada Lampiran.