Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

26) TANAMAN FERTIGASI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini berkenaan teknologi tanaman fertigasi?

    Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah membangun dan mengesyorkan teknologi tanaman secara fertigasi dengan memberi tumpuan kepada beberapa jenis tanaman iaitu cili, timun dan rock Sehingga kini, terdapat seramai 490 usahawan di Negeri Selangor yang melaksanakan penanaman menggunakan teknologi fertigasi secara komersial dengan keluasan 1,088 hektar.

  2. Senaraikan petani yang dibantu oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan tanaman fertigasi di Selangor?

    Bagi tempoh RMKe-10, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah membantu seramai 289 orang usahawan tani melaksanakan tanaman fertigasi di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.