Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

295) TANAH YANG TELAH DIUSAHAKAN OLEH FELDA DI SG TENGI SELATAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri melalui MB Incorp mengambil tanah yang telah diusahakan Felda seluas 100 ekar di Felda Sg Tengi Selatan. Apakah manfaat yang diperolehi oleh peneroka dari pengambilan tanah tersebut?

    Tanah-tanah yang terlibat di kawasan tersebut merupakan tanah-tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri tidak pernah melakukan sebarang usaha pengambilan hak milikan tanah ke atas tanahtanah tersebut berlandaskan Akta Pengambilan Tanah 1960 kerana pada setiap masa yang material, tanah-tanah tersebut adalah merupakan tanahtanah yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri dan bukanlah tanah-tanah persendirian yang dimiliki oleh mana-mana syarikat atau individu.

    Sehubungan dengan itu, mana-mana pihak lain yang memasuki dan menjalankan apa-apa aktiviti di atas tanah-tanah tersebut adalah tidak mengikuti peruntukan undang-undang yang sedia ada. Tanah-tanah tersebut hanya diberi hak milikan oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selepas keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 4 Julai 2012 (MMKN No.: 25/2012).

    Pada 31 Disember 2013, kaveat-kaveat persendirian telah berjaya dimasukkan ke atas tanah-tanah tersebut oleh pihak-pihak tersebut melalui Felda Sg. Tengi Selatan (Koperasi Felda).

    Pada 7 April 2015, MBI telah pun memasukkan permohonan untuk cadangan pemotongan kaveat-kaveat persendirian bertarikh 31 Disember 2013 yang telah didaftarkan ke atas tanah-tanah tersebut. Pihak-pihak yang memasuki tanah-tanah tersebut seterusnya telah membantah kepada cadangan pemotongan kaveat-kaveat persendirian tersebut dengan memfailkan satu tindakan mahkamah di bawah Saman Pemula No.: 24-648-05/2016 (Tindakan Mahkamah). Di dalam Tindakan Mahkamah tersebut, Koperasi Felda juga telah memohon, antara-lain, untuk melanjutkan kaveat-kaveat persendirian tersebut.

    Pada 21 Oktober 2015, MBI melalui peguamcaranya telah pun mengeluarkan notis pengusiran melalui proses penampalan di kawasan tanah-tanah tersebut. Walaubagaimanapun, notis pengusiran tersebut enggan dituruti oleh kerana aktiviti-aktiviti pencerobohan dan penerokaan haram yang berlaku di atas tanah-tanah tersebut masih terus berlaku.

    Pada 5 Januari 2016, Tindakan Mahkamah tersebut yang difailkan oleh

    Koperasi Felda telah ditolak Mahkamah dengan bayaran kos berjumlah

    RM3,000.00 hendaklah dibayar oleh Koperasi Felda kepada MBI. Meskipun Tindakan Mahkamah tersebut telah ditolak oleh Mahkamah, aktiviti-aktiviti pencerobohan dan penerokaan haram yang berlaku di atas tanah-tanah tersebut masih terus berlaku.

    Setakat 11 Julai 2017, pihak-pihak yang memasuki tanah-tanah tersebut masih sedang berada di peringkat akhir rundingan bagi menyelesaikan isu ini berasaskan pendekatan terbaik yang boleh diambil oleh pihak pengurusan MBI dan berlandaskan undang-undang sedia ada.

  2. Mengapa tanah tersebut tidak diagihkan kepada generasi dan peneroka felda?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.