Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
204) TANAH WAKAF SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keluasan tanah wakaf di seluruh Selangor?
Sehingga bulan Jun 2016, jumlah keluasan tanah wakaf di seluruh Negeri Selangor adalah sebanyak 1015.85335 ekar seperti ditunjukkan di Lampiran1.
-
Apakah usaha menggunakan tanah wakaf tersebut bagi memberi pulangan kepada yang telah mewakafkan tanah mereka?
Kebanyakan tanah-tanah wakaf di Negeri Selangor telah pun wujud bangunan seperti masjid, surau, sekolah, rumah anak yatim dan sebahagiannya pula telah diusahakan oleh penerima-penerima manfaat wakaf itu sendiri iaitu pihak masjid, surau, sekolah, rumah anak yatim dengan mengusahakan tanaman pertanian seperti kelapa sawit, getah, dan pokok kelapa.
Selain daripada itu juga, pihak PWS telah pun menyewakan sebahagian tanah-tanah wakaf untuk tujuan projek pertanian jangka pendek seperti tanaman kontan di samping beberapa lot tanah-tanah wakaf yang telah dikenalpasti dan dalam perancangan untuk dimajukan dengan projek pembangunan perumahan dan komersial.
Selain tanah, terdapat juga harta-harta wakaf seperti bangunan, kenderaan, rumah kediaman yang kebanyakannya telah disewakan dan hasilnya dimanfaatkan oleh penerima manfaat wakaf di samping terdapat juga rumah kediaman yang telah dijadikan sebagai rumah anak yatim dan Pusat Jagaan Orang Tua seperti Pusat Jagaan Anak Yatim Nur Hikmah Kajang dan sebagainya.
-
Nyatakan mengikut fungsi tanah wakaf yang terdapat di Selangor
Fungsi tanah wakaf ditunjukkan di Lampiran 2.