Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

8) TANAH WAKAF DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah jumlah tanah wakaf di Negeri Selangor keseluruhannya dan berapakah yang telah dibangunkan dan terbiar?

    Jumlah keseluruhan tanah wakaf di Negeri Selangor adalah seluas 871.7739
    ekar. Tanah wakaf terbahagi kepada 2 jenis iaitu Wakaf Khas dan Wakaf Am.
    Bagi tanah Wakaf Khas kebanyakannya telah digunakan sebagai tapak-tapak
    masjid, surau, sekolah, perkuburandan rumah-rumah kebajikan.
    Manakala, tanah Wakaf Am pula telah diusahakan oleh penerima manfaat wakaf
    dalam bentuk pertanian seperti tanaman kelapa sawit, kelapa, sawah padi,
    pisang dan tanaman kontan. Selain itu juga terdapat tanah wakaf yang tidak
    boleh diusahakan disebabkan oleh kedudukan dan bentuk muka bumi tanah
    yang tidak sesuai untuk pembangunandan pertanian.

  2. Sejauh manakah MAIS telah menjalankan fungsi dan kuasanya terhadap tanah wakaf bagi mempertahankan hak dan kepentingan serta membangunkan ekonomi Umat Islam di Negeri Selangor? Apakah bentuk-bentuk pembangunan yang telah dilakukan di tanah wakaf dan sejauh manakah ia memberi manfaat kepada umat Islam terutamanya yang tidak berkemampuan?

    Sejajar dengan perlaksanaan Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999, pihak
    MAIS selaku badan pemegang amanah tunggal harta wakaf di Negeri Selangor
    telah meletakkan inisiatif untuk menyelaras dan meningkatkan mutu pengurusan
    wakaf di Negeri Selangor.
    MAIS juga telah melaksanakan fungsi dan kuasa yang telah ditetapkan oleh
    Enakmen PentadbiranAgama Islam Negeri Selangor 2003 dan EnakmenWakaf
    Negeri Selangor 1999 seperti berikut:
    Seksyen5(4), EnakmenPentadbiranAgama Islam (NegeriSelangor) 2003
    IIMajlisHendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi
    sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si
    mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.”
    Seksyen 89, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
    – – – – — — —
    Majlis menjadi pemegang amanah tungga/ wakaf, nazr dan amanah.
    Seksyen 32, Enakmen Wakaf (NegeriSelangor) No.7 1999
    “Wa/au apa pun apa-apa jua peruntukan yang terkandung da/am manamana suratcara atau peristiharan yang mewujudkan, mengawa/ atau
    menyentuh sesuatu wakaf, Maj/is hendak/ah menjadi pemegang amanah
    tunga/ bagi semua wakaf, sama ada am atau khas, yang terletak di da/am
    Negeri Se/angor. ”
    Ke arah mengiktiraf keupayaan institusi wakaf dalam menyumbang kepada
    pembangunan masyarakat, pelan tindakan proaktif dan bersepadu telah
    dilaksanakan seperti berikut:
    . MewujudkanJawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIS.
    . Mewujudkan kaedah berwakaf melalui tunai (saham wakaf Selangor)
    . Mendapatkan pengiktirafan kualiti MS ISO 9001 :2000 dalam prosedur
    pengurusan wakaf.
    . Melaksanakan proses mengenal pasti dan mendaftarkan semula tanah-tanah
    wakaf yang masih tidak dipindah milik.
    . Menubuhkan dana Kumpulan Wang Wakaf.
    . Melaksanakan proses mengemas kini data tanah wakaf.
    . Mengenal pasti, merancang dan melaksana program pembangunanharta yang
    berdaya maju.
    Bagi menjaga kepentingan dan hak harta wakaf di negeri Selangor, pihak MAIS
    juga telah melaksanakan beberapatindakan secara berterusan agar kedudukan
    harta wakaf lebih te~amin daripada unsur-unsur jual beli, dihibahkan atau
    menjadi harta warisan sedangkanwakaf adalah kekal menjadi milik Allah swr.
    Antara langkah dan tindakan berterusan yang telah dibuat oleh pihak MAIS
    adalah mengemaskinikan fail-fail wakaf, mengenal pasti masalah yang dihadapi
    ke atas tanah yang tidak dapat didaftarkan, mendaftarkan tanah wakaf yang
    belum didaftarkan ke atas nama MAIS, memastikan tanah yang diwakafkan
    mencapai niat dan hasrat wakaf, memastikan tanah wakaf yang disewakan
    mempunyai perjanjian serta mematuhi syarat sewaan, menyemak semula
    pe~anjiansewaan tanah-tanah wakaf yang sedia ada.
    Pihak MAIS juga telah merancang dan melaksanakan program pembangunan
    hartanah wakaf yang berdaya maju selaras dengan sasaran menjadikan harta
    wakaf sebagai aset yang berdaya maju dan memberi manfaat kepada
    masyarakat.
    Pihak MAISjuga berperanansebagai pemegang amanah bagi harta wakaf yang
    dibangunkan untuk pembangunan dan kebajikan kepada umat Islam di negeri
    Selangor. Di antara pembangunan yang telah dilakukan di atas tanah wakaf
    adalah seperti berikut iaitu membina Pondok Warga Emas, Rumah Anak Yatim
    Nur Hikmah, Desa AI-Mansuriah, Lembaga Zakat Selangor (Rumah Saudara
    Baru), Rumah Kebajikan Anak Yatim AI-Khairiah, Sg. Pinang Klang, Sekolah
    — – –
    .~–~ u___ .__u__~ ___ ________._
    Rendah Agama Meru II, Jalan Kopi, Meru Klang dan Tapak Sekolah Rendah
    Agama Parit 11 TimurSg. Besar.

  3. Apakah terdapat kes-kes berkaitan tanah wakaf seperti pencerobohan, penjualan atau pembangunan tanah wakaf tanpa kebenaran MAIS sebagaimana yang didakwa berlaku di DUN Meru dan lain-lain? Jika ya, sila senaraikan

    Oi dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengurusan harta wakaf di Negeri
    Selangor, pihak MAIStidak terkecuali daripada menghadapi masalah-masalah di
    dalam pengurusan harta wakafini.
    Oiantara permasalahan yang dihadapi oleh pihak MAISadalah seperti berikut:
    . Permasalahan tanah wakaf yang tiada berdokumen dan belum
    didaftarkan.
    . Kes-kes pewakaf yang telah meninggal dunia dan urusan wakaf belum
    dilaksanakan.
    . Pembangunan ke atas tanah wakaf yang dilakukan tanpa kebenaran
    daripada MAIS.
    Oi antara tanah wakaf yang terlibat dengan pembangunan tanpa mengikut
    prosedur yang telah ditetapkan ialah Fatah Bin Adnan Lot 2171, GM 4702,
    Mukim Kapar, Ahmad Bin Abdullah Lot 5457, GM 3353 Mukim Kapar, Saridan
    Bin Ridan Lot 2169, GM 3499, Mukim Kapar,Yasir bin Hj Abd Rahman Lot 3775,
    GM 4015, Mukim Kapar dan Mohd Yusof @ Ujang bin Bador, PT 1727, HS(M)
    12463 Mukim Sungai Buloh.
    Walau bagaimanapun pihak MAIS telah melaksanakan beberapa tindakan bagi
    menyelesaikan perkara tersebut seperti mengadakan perbincangan dengan
    pihak masjid, meneliti semula segala pe~anjian sewaan yang telah dibuat,
    memberi penerangan kepada penyewa-penyewa dan pihak masjid berkenaan
    konsep wakaf dan peranan MAIS sebagai pemegang amanah harta wakaf di
    Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.