Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

114) TANAH WAKAF

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak luas tanah wakaf yang telah dan belum didaftarkan di negeri Selangor?

    Semenjak pihak MAIS mengambil alih pengurusan wakaf di Negeri Selangor pada
    tahun 2000, sebanyak 528.9945 ekar telah didaftarkan dan 342.7794 ekar belum
    didaftarkan. Kesemua tanah wakaf ialah seluas 871.7739 ekar.

  2. Apakah penggunaan dan hasil yang didapati dari tanah tersebut?

    Hasil pemantauan dan siasatan yang dilakukan oleh pihak MAIS mendapati
    sebahagiannya digunakan untuk tujuan tapak masjid, surau, sekolah, perkuburan dan
    rumah kebajikan. Terdapat juga tanah-tanah wakaf telah diusahakan oleh penerima
    manfaat wakaf itu sendiri bagi tujuan pertanian seperti tanaman kelapa sawit, kelapa,
    pisang, dusun buah-buahan, sawah padi, dan tanaman kontan. Selain itu juga, pihak
    MAIS turut menerima dan mengurus harta-harta wakaf berbentuk rumah dan premis
    yang disewakan kepada orang ramai dan hasil sewaan akan disalurkan mengikut niat
    dan hasrat pewakaf.

  3. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memajukan tanah tersebut?

    Sehingga kini, pihak MAIS belum menerima sebarang cadangan daripada kerajaan
    negeri berkenaan perancangan untuk memajukan tanah-tanah wakaf di Negeri
    Selangor. Walau bagaimanapun pihak MAIS telah menetapkan satu Pelan Bertindak
    2005 – 2010 bagi mengurus dan memajukan harta-harta wakaf di Negeri Selangor
    antaranya dengan menetapkan matlamat untuk mewujudkan ikon wakaf di setiap
    daerah di Negeri Selangor. Selain itu juga, pihak MAIS turut menjalinkan kerjasama
    dengan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan menyenaraikan tanah-tanah
    wakaf di Negeri Selangor yang berpotensi untuk dimajukan melalui peruntukan
    Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK 9)

Lampiran

Tiada Lampiran.