Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

16) TANAH UNTUK RUMAH IBADAT

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana kaedah peruntukan tanah ini dilaksanakan?

    Bagi peruntukan tanah-tanah untuk rumah ibadat, kerajaan negeri masih lagi menggunapakai Piawaian Perancangan Negeri Selangor. Setiap pembangunan rumah-rumah ibadat perlu mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri. Bagi rumah-rumah ibadat bukan islam permohonan akan diproses melalui pewartaan tanah-tanah kerajaan oleh Pejabat Tanah dan Daerah. Manakala bagi pembinaan masjid dan surau pengesahan dan kelulusan daripada Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diperlukan. Selain itu, setiap Rancangan Tempatan PBT telah merizabkan tapak untuk rizab keagamaan di dalam setiap blok perancangan PBT.

  2. Berapakah saiz tanah yang diperlukan untuk setiap rumah ibadat mengikut agama?

    Bagi setiap pembinaan rumah-rumah ibadat keluasan yang ditentukan adalah seperti berikut:

    Kategori Rumah Ibadat Keluasan
    Rumah           Ibadat

    Bukan Islam

    Tidak melebihi 0.5 hektar (1.2 ekar) dan kawasan yang diliputi oleh bangunan adalah di antara 40% hingga 60%. Walaubagaimanapun, ia juga tertakluk kepada budi bicara pihak berkuasa negeri.
    Rumah           Ibadat

    Islam

    Bagi pembinaan masjid keluasan yang ditentukan adalah 3 ekar dan surau 0.4 ekar. Namun ia juga tertakluk kepada pihak berkuasa negeri dan juga bergantung kepada kepadatan penduduk di sesebuah kawasan pembangunan.

Lampiran

Tiada Lampiran.