Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
232) TANAH UNTUK AGAMA SELAIN ISLAM
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan tanah-tanah yang telah diluluskan kepada agama selain islam.
Kerajaan Negeri prihatin akan keperluan setiap agama untuk mempunyai kawasan yang mencukupi untuk para penganut atau pengikut menjalankan aktiviti agama masing-masing dengan selesa. Oleh yang demikian, sehingga Ogos bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS) telah meluluskan sebanyak 24 plot tanah yang telah dipohon oleh persatuan-persatuan agama bukan Islam bagi tujuan tapak rumah ibadat bukan Islam seperti berikut: