Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

34) TANAH TOL DI SABAK BERNAM

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan keluasan dan lokasi tanah TOL di Sabak Bernam

     

    Keluasan dan lokasi tanah TOL di Sabak Bernam adalah seperti berikut:

     

    BIL

     

    LOKASI

     

    LOT/PT

     

    LUAS (HEKTAR)

     

    TUJUAN

    1. Kampung Tanjung Jawa,

    Mukim Sabak

    PT 2861 0.044 Memetik kelapa sawit
    2. Jalan Parit 5 ½ Gambut,

    Mukim Panchang Bedena

    PT 21531 1.507 Memetik kelapa sawit
    3. Changkat Menteri, Mukim

    Sungai Panjang

    PT 3972 0.405 Memetik kelapa sawit
    4. Changkat Menteri, Mukim

    Sungai Panjang

    PT 4190 0.809 Memetik kelapa sawit
    5. Pekan Sungai Besar PT 2522 0.078 Memetik kelapa sawit

     

  2. Berapakah perbezaan hasil cukai tanah TOL pada tahun 2008 dan 2015 di Sabak Bernam?

    Tanah TOL tidak dikenakan cukai tanah. Bagi Daerah Sabak Bernam, bayaran yang diterima untuk tanah-tanah TOL ini adalah dalam bentuk bayaran permit memetik kelapa sawit. Hasil kutipan bayaran permit ini pada tahun 2008 dan 2015 adalah seperti berikut:

    2008

    (RM)

    2015

    (RM)

    Perbezaan

    (RM)

    140,765.67 26,172.00 114,593.67

     

  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas tanah TOL yang tidak diusahakan?

    Selaras dengan peruntukan Seksyen 67 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 iaitu di dalam Borang 4A bagi Lesen Pendudukan Sementara (LPS), lesen LPS ini

    mempunyai klausa di mana ianya boleh dibatalkan dengan serta merta dan tanpa apa-apa bayaran pampasan jika berlaku perlanggaran mana-mana peruntukan yang tertakluk. Ini termasuklah sekiranya pemegang LPS ini tidak mengusahakan tanah tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.