Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

81) TANAH TOL

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa luaskah tanah TOL yang masih ada di kawasan DUN Meru?

    Luas tanah TOL di kawasan DUN Meru ialah 61,826.3 meter persegi.

  2. Berapakah cukai TOL yang telah dikutip?

    Cukai TOL yang dikutip ialah sebanyak RM8,638.00.

  3. Apakah langkah rancangan PTD Klang untuk membuat pemilikan kekal?

    Sekiranya permohonan baru/pembaharuan TOL yang dikemukakan oleh pemohon tidak melibatkan sebarang tanah simpanan kerajaan. (Contoh : zon penampan, kawasan lapang, sungai, parit, jalan dan sebagainya)., Pentadbir Tanah akan mengesyorkan pemohon supaya mengemukakan permohonan pelupusan secara pemberimilikan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara. Sekiranya permohonan pemberimilikan ini diluluskan oleh MMKN, pemohon akan memiliki hak milik ke atas tanah tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.