Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
160) TANAH TERBIAR TIDAK DISELENGGARA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Minta kerajaan mengeluarkan statistik terkini berapakah tanah yang terbiar dan tidak diselenggera di dalam Negeri Selangor
Kerajaan Negeri tidak mempunyai statistik lengkap ke atas semua tanah-tanah terbiar dan tanah tidak diselenggara di dalam Negeri Selangor. Statistik yang direkodkan di peringkat Kerajaan Negeri adalah tanah-tanah lapang atau tanah-tanah kosong yang telah diwartakan sahaja.
-
Adakah kerajaan bersedia untuk menggunakan Tanah terbiar ini sebagai satu platform meningkatkan ekonomi komuniti setempat?
Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa inisiatif untuk memanfaatkan tanah terbiar sebagai platform untuk meningkatkan ekonomi komuniti setempat, dengam mengenal pasti kawasan-kawasan yang bersesuaian seperti di tanah lapang tadahan atau zon penampan untuk melaksanakan projek/ program seperti kebun komuniti yang diusahakan oleh Persatuan Penduduk. Keluasan kawasan yang diperlukan adalah kurang dari lima (5) ekar dan boleh dijadikan sebagai kawasan pertanian makanan. Program Kebun Komuniti ini diwujudkan bagi memastikan tanah yang terbiar khususnya di kawasan bandar dapat dibangunkan untuk tujuan mengeluarkan hasil tanaman makanan secara berkelompok dan menjimatkan perbelanjaan PBT bagi tujuan penyelenggaraan dan pembersihan kawasan tanah terbiar. Program ini juga secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan harian penduduk dan dapat mendatangkan hasil jualan secara kecil-kecilan.