Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

165) TANAH TERBIAR DAN RUMAH TERBENGKALAI DI BESTARI JAYA

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan dari Majlis Perbandaran Kuala Selangor untuk mengatasi tanah-tanah perumahan yang terbiar dan rumah-rumah terbengkalai di Bestari Jaya yang mengakibatkan masalah kesihatan serta menggalakkan penagih dadah untuk menghuni rumah-rumah terbengkalai tersebut?

    Bagi menangani isu-isu projek perumahan terbengkalai dalam daerah Kuala Selangor, pihak MPKS telah menubuhkan satu jawatankuasa kecil pemulihan projek terbengkalai bagi memantau serta membincangkan kaedah-kaedah penyelesaian uang sewajarnya.

     

    Merujuk kepada rekod projek-projek terbengkalai di bawah pemantauan Majlis Perbandaran Kuala Selangor, tiada projek terbengkalai yang disenaraikan di dalam senarai projek di kawasan Bestari Jaya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.