Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
133) TANAH TERBIAR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk membangunkan tanah-tanah terbiar untuk menjana industri agro?
Kerajaan Negeri melalui PBT tiada perancangan khusus untuk membangunkan tanah-tanah terbiar bagi tujuan industri agro. Walau bagaimanapun, beberapa PBT mengambil inisiatif dengan menggalakkan program Kebun Komuniti yang dilaksanakan oleh Persatuan Penduduk di tanah lapang tadahan atau zon penampan. Program ini secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan harian penduduk dan dapat mendatangkan hasil jualan secara kecil-kecilan.
-
Sila jelaskan status tindakan yang telah diambil pada tahun 2019.
yang belum dibangunkan untuk mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri bagi tujuan dijadikan kebun komuniti, padang rekreasi dan untuk kegunaan lain bagi tempoh sementara. Bagi tapak-tapak yang digunakan sebagai kebun komuniti akan diserahkan semula sekiranya pembangunan akan dilakukan di tapak pada masa akan datang.