Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

140) TANAH TERBIAR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sub-soalan telah di tolak

  2. Sub-soalan telah di tolak

  3. Adakah cadangan untuk menolong graduan lulusan pertanian yang menganggur untuk mengusahakan tanah2 terbiar tersebut?

    Kerajaan Negeri amat memberi perhatian terhadap isu pengangguran khususnya dikalangan graduan dan ianya termasuk di kalangan graduan lulusan pertanian.

     

    Melalui Program Agropreneur Muda Selangor atau AMSEL, pelbagai program telah mula disusun untuk dilaksanakan dengan objektif utama adalah menarik minat golongan muda termasuk golongan graduan bagi menceburi sektor pertanian dan seterusnya menjadikan sektor tersebut sebagai punca ekonomi utama mereka tanpa bergantung kepada sektor pekerjaan yang semakin mengecil dan persaingan yang semakin tinggi.

     

    Salah satu daripada dasar pelaksanaan Program AMSEL tersebut adalah dengan mengenalpasti tanah-tanah terbiar mililk Kerajaan untuk dimajukan sebagai kawasan pertanian dan seterusnya menempatkan golongan muda termasuk golongan graduan untuk mengusahakan projek-projek pertanian yang bersesuaian.

     

    Antara contoh pelaksanaan program tersebut yang sedang diperingkat proses kelulusan adalah pembukaan tanah pertanian untuk projek tanaman Nanas MD2 dan Roselle di Daerah Sabak Bernam, projek penternakan kambing di Daerah Kuala Selangor dan beberapa projek pertanian yang masih diperingkat penilaian untuk pelaksanaan.

     

    Apabila ianya sudah sedia untuk dilaksanakan, keutamaan akan diberikan kepada penduduk tempatan untuk menyertainya dibawah penyeliaan syarikat mentor iaitu syarikat yang berpengalaman di dalam sesuatu bidang projek dan golongan graduan termasuk golongan graduan lulusan pertanian layak dan amat digalakkan untuk memohon.

     

    Dalam pada itu juga Jabatan Pertanian Negeri Selangor masih lagi melaksanakan pembangunan projek-projek di atas tanah-tanah terbiar milik individu di mana tanah-tanah milik individu tersebut akan disewakan atau dipajak kepada bakal pengusaha termasuk golongan graduan dan Jabatan Pertanian Negeri Selangor akan bertindak sebagai pemudah cara serta menyediakan bantuan di peringkat awal pelaksanaan seperti bantuan untuk penyediaan tanah serta input-input pertanian.

Lampiran

Tiada Lampiran.