Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
181) TANAH-TANAH YANG DIMILIKI OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keseluruhan tanah-tanah kosong yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor pada masa kini?
Tanah kosong yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri bermaksud tanah-tanah milik kerajaan yang dipecahkan seperti berikut:
- Rizab Hutan : 238,874 hektar
- Lain-lain rizab (contoh: kawasan lapang dan lain-lain) : 17,184.26 hektar
- Tanah kosong : 13,408.9 hektar
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri Selangor merancang sebarang pembangunan di atas tanah-tanah kosong tersebut?
Kerajaan Negeri setakat ini tidak merancang sebarang pembangunan di atas tanah-tanah kosong tersebut memandangkan jumlah keluasan tanah sedia ada adalah terhad dan lebih sesuai disimpan untuk kegunaan kerajaan Negeri di masa hadapan.
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk membahagi-bahagikan tanah-tanah kosong tersebut kepada rakyat-rakyat miskin yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk diusahakan oleh mereka sebagai tanah pertanian?
Kerajaan Negeri belum mempunyai sebarang perancangan untuk menyediakan program pemberimilikan tanah terancang kepada penduduk miskin. Walau bagaimanapun, tumpuan diberikan untuk memproses permohonan bagi tanahtanah yang diusahakan mengikut kelayakan dan status penempatan pemohon khusus kepada individu yang disenaraikan dalam bancian penduduk miskin