Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
107) TANAH-TANAH RIZAB PERKUBURAN CINA DAN INDIA
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan tanah-tanah yang telah digazetkan sebagai tanah-tanah perkuburan Cina atau tanah perkuburan India mengikut pecahan PBT bagi tahun 2006-2010.
Terdapat 76 buah tanah telah digazet untuk perkuburan Cina dan sebanyak 42 buah
tanah digazet untuk perkuburan India. Berikut adalah jumlah tapak perkuburan
tersebut mengikut PBT dari 2006 hingga 2010. Dan senarai tapak-tapak perkuburan
tersebut adalah seperti di Lampiran A.
BIL PBT TAPAK PERKUBURAN
HINDU
TAPAK PERKUBURAN
CINA
1. MBSA 2 9
2. MBPJ 2 1
3. MPK 2 2
4. MPSJ 3 4
5. MPAJ 1 2
6. MPKJ 5 13
7. MPS 2 10
8. MPSP 8 13
9 MDKS 7 2
10.. MDHS 4 10
11 MDKL 5 8
12. MDSB 1 4
JUMLAH 42 76 -
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk memodenkan tapak pembakaran mayat yang sedia ada serta cara pemodenan yang akan dilaksanakan dan senaraikan tapak yang telah dikenal pasti untuk mengikut PBT sekiranya ada.
Kerajaan negeri belum bercadang untuk memodenkan tapak pembakaran mayat
yang sedia ada. Walau bagaimanapun, terdapat cadangan bagi membina sebuah
krematorium di dalam kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya iaitu di atas
sebahagian tapak Perkuburan Hindu, Batu 14 Puchong dan masih di dalam
perancangan dari segi kesesuaian tapak, kos pelaksanaan dan perbincangan
dengan Persatuan Pengurusan Tanah Perkuburan Hindu. Selain itu, Majlis
Bandaraya Petaling Jaya juga telah memasang sebuah mesin pembakar mayat yang
baru pada Mac 2010 dan bercadang untuk menggantikan 2 buah mesin pembakar
mayat lagi pada tahun hadapan krematorium Sek. 51A/229.