Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

259) TANAH-TANAH NEGERI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pernahkah Kerajaan Negeri mengadakan semakan/audit "bank tanah" kerajaan?

    Sebagai langkah proaktif dalam mengawalselia tanah-tanah milik kerajaan, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) telah mewujudkan Sistem SeLIS (Selangor Land Information System) yang berfungsi untuk menyimpan maklumat inventori data tanah-tanah kerajaan bagi tujuan pengawalan dan pemantauan. Sistem tersebut telah dibangunkan pada tahun 2012 dan digunakan secara rasminya pada 28 Mac 2013. Ianya diselia oleh PTGS, manakala pihak Pentadbir Tanah Daerah adalah sebagai pembekal data. Pemantauan data tanah kerajaan dalam sistem SeLIS telah dilaksanakan secara berkala, iaitu setiap 15 haribulan (setiap bulan) secara dalam talian (online). Unit Task Force dan Penyelidikan, PTGS dengan kerjasama Pejabat Tanah Daerah (PTD) akan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas tanah-tanah kerajaan ini dan Laporan Pemantauan Tanah Kerajaan Negeri dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor ( MTES ) mulai Julai 2013 sehingga kini.

  2. Berapa besarkah 'bank tanah' Kerajaan Negeri? Sila senaraikan jenis, keluasan dan nilai.

    Berdasarkan Sistem SeLIS, data aset kerajaan (tanah) telah dibahagikan kepada 6 jenis iaitu, Virgin Land, Luput Pajakan, Notis 8A Rampasan, Lupus Notis 5A, Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dan Tanah Rizab (Hutan, Kawasan Lapang, Kubur, Jalan, Parit, Rentis TNB, Keagamaan). Bilangan data aset kerajaan (tanah) dan keluasannya sehingga 31 Oktober 2014 adalah seperti berikut :-

     

      Bil.     Tanah Kerajaan Negeri     Bilangan     Luas Tanah  
              Plot     (ekar)  
                       
                           
    1.     Virgin Land 66   10,672.53  
    2.   Luput Notis 5A 401   898.94  
    3.   Luput Pajakan 300   68.45  

     

      Bil.     Tanah Kerajaan Negeri     Bilangan     Luas Tanah    
              Plot     (ekar)    
                         
                             
    4.   Notis 8A 290   3,764.24    
    5.   Lesen Pendudukan Sementara 612   251.58    
            (LPS)              
    6.   Tanah Rezab 3,177   6,894.88    
            JUMLAH     4,846     22,550.62    
                   
            Sumber: Selangor Land Information System (SeLIS)

     

    Manakala anggaran nilaian tanah tersebut di peringkat awalan mengikut daerah, berdasarkan analisis pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) adalah seperti berikut:-

     

        Bil.   Daerah     Jumlah   Luas Tanah   Anggaran Nilaian  
              Plot   (ekar)   (RM)  
                       
      1.   Gombak 19   887.698   423,771,978.96    
      2.   Klang 20   2,414.69   252,304,580.40    
      3.   Petaling 8   124.158   89,795,725.00    
      4.   Kuala Selangor 13   2,270.52 235,264,511.20    
                               
      5.   Sepang 16   834.110   281,041,272.00    
                   
      6.   Hulu Langat 5   211.668   249,416,893.00    
                   
      7.   Kuala Langat 17   3,395.98 435,930,881.76    
                 
      8.   Sabak Bernam 6   775.400   151,989,552.00    
                   
      9.   Hulu Selangor 13   2,152.36 247,742,969.76    
                 
            JUMLAH     117     13,066.59     2,340,231,364.08    
             

     

    Sumber: Laporan Pemantauan Tanah Kerajaan Negeri yang dibentangkan dalam Mesyuarat MTES Bilangan 11/2014 bertarikh 28 Ogos 2014

     

    Nota:-

     

    Jumlah plot adalah terdiri daripada Virgin Land, Luput Pajakan, Notis 8A Rampasan, Lupus Notis 5A, Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dan Tanah Rizab.

  3. Berapakah keluasan tanah Kerajaan Negeri telah diberi kepada GLC-GLC? Sila senaraikan keluasan tanah dan GLC yang mendapat tanah kerajaan.

    Berdasarkan maklumat yang diterima daripada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri, berikut adalah keluasan tanah Kerajaan Negeri yang telah diberi kepada GLC-GLC:

     

    Bil   Anak Syarikat Keluasan Tanah (Ekar)
    1. PKNS   2,325.72

     

    Bil Anak Syarikat Keluasan Tanah (Ekar)
    2. MBI 8,805.36
    3. Yayasan Selangor 3,768.84
    4. PKPS 2059.87
      Jumlah 16,959.79

     

    Sumber: PKNS, MBI, Yayasan Selangor dan PKPS

Lampiran

Tiada Lampiran.