Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
27) TANAH-TANAH MILIK PKPS
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan perbandingan pendapatan ketika di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu (BN) dengan pendapatan di bawah kerajaan sekarang (PR).
Perbandingan pendapatan di bawah pentadbiran PR berbanding BN :
- Pengeluaran FFB meningkat.
- Pendapatan jualan sawit meningkat.
- Pendapatan dari projek baru meningkat
( Projek Pasir, Ballclay, Kompleks Pasar Borong Selangor,
Baazar Rakyat, Dewan Orkid PKPS dan Sewaan Wisma PKPS) iv. Pendapatan dari simpanan tetap meningkat.
Pendapatan Operasi PKPS meningkat seperti berikut :-
TAHUN 2008 2009 2010 2011 2012 Pengeluaran Sawit (Tonnes) 31,079 50,801 51,101 45,640 44,741 Jualan Sawit RM’ Juta 17.25 22.49 28.24 30.78 24.29 Operasi ( * ) RM’ Juta 4.41 4.2 6.89 10.51 18.03 Jumlah 21.66 26.69 35.13 41.29 42.32 ( * ) Pelbagai pendapatan operasi terdiri daripada Projek Pasir, Ballclay, Kompleks Pasar Borong, Bazaar Rakyat, Dewan Orkid, Sewaan Pejabat Wisma PKPS,
Sewaan Rumah Kedai, Sewaan Tanah-Tanah PKPS dan Faedah Simpanan Tetap.
-
Jika ada peningkatan, huraikan apakah langkah-langkah yang diambil sehingga ada peningkatan?
Langkah yang diambil untuk peningkatan pendapatan :
- Melantik Pengurus Besar Kumpulan PKPS dan Pengurus-Pengurus Ladang yang menpunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang perladangan.
- Pengurusan dan kakitangan ladang dan projek yang dahulunya beroperasi dari Wisma PKPS, Shah Alam ditempatkan diprojek masing-masing (tidak lagi ”remote control”).
- Waktu bekerja kakitangan ladang dan projek ditukar dari waktu bekerja Kerajaan kepada waktu bekerja amalan biasa syarikat perladangan.
- Memantau prestasi pengeluaran hasil dan kos pengeluaran dengan lebih rapi.
- Memberi insentif kepada kakitangan perladangan dan projek berdasarkan pencapaian prestasi.
- PKPS melakukan penjimatan di ibu pejabat seperti berikut :-
- Kakitangan ditugaskan secara ”multi tasking”
- Kakitangan berlebihan di ibupejabat ditempatkan di projek-projek. Penyelenggaran Wisma PKPS diurus sendiri. (Dahulunya Kontrak) Pembelian Bahan & Bekalan Pejabat dikurangkan.
- Kenderaan berlebihan dilupuskan.
- Perolehan baja dibuat melalui proses tender terbuka.
- Mengamalkan perkongsian penggunaan alat-alat pejabat.
- Menghadkan kelayakan elaun telefon, minyak kenderaan dan tol.
- Mengambil tindakan disiplin terhadap kakitangan bermasaalah.
- Menstruktur semula pinjaman bagi mengurangkan kos faedah pinjaman.
- Tanah-tanah kosong/terbiar dibangunkan.
- PKPS mengenalpasti tanah-tanah kosong milik PKPS yang tidak sesuai untuk pertanian tetapi berpontensi dibangunkan untuk projek perumahan dengan mendapatkan khidmat perancang bagi meningkatkan nilai GDV tanah.
- PKPS menutup anak-anak syarikat yang mengalami kerugian berterusan dan tidak dapat dipulihkan.
- PKPS melantik ”liquidator” untuk membubarkan anak-anak syarikat dan syarikat sekutu yang tidak membayar hutang PKPS.