Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
173) TANAH-TANAH KERAJAAN YANG TIDAK DIBANGUNKAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang memberi kebenaran menggunapakai tanah kerajaan yang tidak diusahakan bagi tujuan ekonomi?
Permohonan tanah kerajaan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara adalah bergantung kepada ulasan-ulasan daripada agensi teknikal dan Pihak Berkuasa Negeri. Aktiviti yang dimohon hendaklah selari dengan Rancangan Tempatan yang diluluskan dan kelulusan pembangunan akan dibuat melalui Pihak Berkuasa Tempatan.
-
Bagaimanakah cara memohon?
Pemohon boleh membeli Borang Jadual 1 (Borang Permohonan Tanah) di Pejabat Tanah dan Daerah yang berkaitan dan permohonan akan diproses sebelum diangkat untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri. Sekiranya tanah tersebut telah diluluskan tender, pemohon boleh menyertai tawaran berdasarkan harga yang telah dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
-
Berapa lamakah tempoh kelulusan?
Tempoh kelulusan adalah selama 112 hari bekerja mulai dari tindakan Pejabat Tanah dan Daerah sehingga Notis 5A diberikan kepaa pemohon yang berjaya. Walaubagaimanapun, tempoh ini tidak termasuk laporan-laporan dari Jabatan Teknikal, bayaran premium oleh pemohon dan hakmilik dikeluarkan.