Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
81) TANAH-TANAH KERAJAAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat usaha-usaha dari rakyat tempatan terhadap tanah-tanah Kerajaan di daerah Hulu Langat untuk pertanian melebihi antara dua puluh hingga tiga puluh tahun dan kini telah mengeluarkan hasil dan pernah mendapat L.M.S. (T.O.L.) Kenapa Kerajaan menolak permohonan mereka sedangkan mereka pernah berjasa kepada Tanah Air seperti menjadi anggota RELA dan sebagainya?
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 10/2010 yang diadakan pada 17 Mac 2010
telah menimbang dan menolok permohonan pelupusan secara pemberimilikan
tanah kepada Ahli RELA dan pemohon-pemohon lain di Mukim Semenyih,
daerah Hulu Langat seluas 0.4 hingga 0.8 hektar untuk tujuan pertanian. Tiada
sebarang alasan yang diberikan MMKN di dalam keputusan tersebut.
Maklumat Tambahan1. Syor Pentadbir Tanah Darah Hulu Langat di dalam Kertas Ringkasan
Permohonan yang dikemukakan Bil (7) dlm PTDUL : 1/5/891-94 (R)
bertarikh 24 Oktober 2009, Pentadbir Tanah Hulu Langat telah
mengesyorkan MMKN memberi pertimbangan ke atas 42 orang pemohon
yang telah mengusahakan tanah tersebut lebih 15 tahun. Ini selaras
Pekeliling Tanah dan Galian Selangor Bil 1/2008 di dalam perkara 3.2.3
(ii) yang boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Negeri berdasarkan
kriteria pengusaha asal telah mengusahakan tanah atau menduduki
sekurang-kurangnya tiga tahun pada tarikh 1 Januari 2008.
2. Jumlah permohonan keseluruhan adalah sebanyak 92 permohonan
secara bertindih. Walau bagaimanapun Jawatankuasa kerja Tanah Bil
4/2007 mengesyorkan seramai 68 pemohon diberikan pertimbangan.
Namun hasil siasatan tapak hanya 42 pemohon telah mengusahakan dan
disyor diberikan pertimbangan. -
Apakah Kerajaan mempunyai perancangan terhadap tanah-tanah tersebut setelah permohonan mereka ditolak? (setelah ditolak bermakna tanah dikembalikan kepada Kerajaan.
Mengikut ulasan Jabatan Perancang Bandar dan Desa rujukan
JPBD.Sel/06/04/00141-T (3) bertarikh 14 Mac 2008 tanah tersebut telah
dizonkan untuk kegunaan pertanian. Oleh yang demikian Kerajaan Negeri
mempunyai perancangan tertentu bagi membangunkan kawasan berkenaan
sebagai ladang ternakan.
Ini kerana Pentadbir Tanah Daerah (Kerajaan Negeri) berhasrat untuk
membangunkan kawasan berkenaan di dalam Mukim Hulu Semenyih sebagai
pengeluaran hasil ternakan selaras konsep Satu Daerah Satu Industri bagi
daerah Hulu Langat. Ini selaras juga dengan usahawan sate di Bandar Kajang
Selangor dan Program Membantai yang menjadi program tahunan masyarakat di
kawasan Pekan Beranang menjelang hari Perayaan Islam.