Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
104) TANAH-TANAH BANGLO
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila berikan latar belakang dan kronologi pemberian tanah-tanah banglo di kawasan perumahan USJ 3B dan USJ 3D ( seperti butir-butir kegunaan asal, tarikh permohonan, kelulusan, bayaran dan sebagainya).
Mesyuarat EXCO MTES Bil 6/2001 yang telah diadakan pada 20 Februari
2001 telah menimbang dan bersetuju meluluskan pemberimilikan tanah di
Mukim Sempadan Ladang Ibor, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling kepada 100 pemohon seluas kira-kira 5123 kaki persegi hingga 6546 kaki persegi tiap-tiap plot untuk tujuan tapak rumah kediaman.
-
Sila senaraikan nama pemilik, jumlah premium tanah yang telah dibayar dan cara penjualan tanah-tanah banglo ini (sama ada melalui rundingan terus, iklan atau sebagainya).
Senarai seperti di lampiran.
-
Mengapakah soalan ini tidak dijawab semasa ditanya pada tahun 2008?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 1 Mac 2012 telah menolak soalan ini.