Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

227) TANAH SELUAS 9.554 EKAR MILIK KDEB/KHSB DI DENGKIL

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk kepada Usul No. 12 tahun 2010 berkenaan ÓTanah Seluas 9.554 Ekar Milik KDEB/KHSB di DengkilÓ: Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap usul ini?

    Soalan ini wajar dimajukan kepada Kerajaan Negeri.

  2. Apakah jumlah premium yang ditanggung oleh KHSB telah dibayar?

    Premium berjumlah RM4,103,708.00 telah dibayar oleh KHSB pada 25 Feb 2011.

  3. Berapakah jumlah premium dan cukai tertunggak yang perlu dibayar kepada Pejabat Tanah dan Daerah berkenaan sekiranya premium dan cukai masih belum dibayar?

    Tidak berkenaan –

Lampiran

Tiada Lampiran.