Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

203) TANAH RUNTUH INDAH COURT TAMAN DAMAI INDAH CHERAS

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini terhadap pembaikan cerun di Indah Court Taman Damai Indah Cheras serta kerja pencegahan tanah runtuh di kawasan berhampiran?

    Permohonan peruntukan bagi kerja pembaikan cerun telah dikemukakan kepada Pegawai Kewangan Negeri bagi tindakan jangka masa pendek dan segera, Pihak MPKj telah memasang plastik kanvas dari jenis ‘heavy duty’ dan kerja-kerja lain bagi mengelakkan aliran air terus mengalir ke cerun yang runtuh.

Lampiran

Tiada Lampiran.