Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
284) TANAH RUNTUH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci kejadian tanah runtuh akibat daripada kejadian banjir yang berlaku di DUN Semenyih sejak lima tahun (2009 -2024) yang lalu.
Berdasarkan data daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Langat, kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh banjir di DUN Semenyih adalah seperti berikut:
- Jalan Sungai Lalang (KM16.1 & KM21);
- Jalan Sesapan Kelubi (KM1.35);
- Susur Jalan Bangi Lama (KM36.8, KM37.0 & KM37.1); dan
- SK Ulu Semenyih, SMK Engku Hussain, SMK Khir Johari & SRA Bandar Rinching
-
Apakah punca dan langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang berkaitan kejadian tanah runtuh ini?
Beberapa penyebab utama kegagalan tebing sungai runtuh antara lain:
- Aliran Air Sungai: Arus sungai yang deras dapat menghakis tebing dan mengurangkan kestabilan tanah dan menyebabkan tebing runtuh.
- Pertambahan Taburan Hujan: Pertambahan taburan hujan, terutama ketika terjadi banjir besar atau curah hujan tinggi, dapat meningkatkan hakisan pada tebing dan mengakibatkan runtuhnya bahagian-bahagian tebing yang tidak stabil.
- Pembukaan Tanah atau Pembersihan Hutan: Penebangan pohon atau deforestasi di sepanjang sungai dapat mengurangi daya tahan akar tanaman yang berfungsi untuk memperkuat tebing. Tanpa akar pohon, tanah menjadi lebih rentan terhadap hakisan.
- Kegiatan Manusia: Aktiviti manusia seperti pembukaan tanah, pembinaan jambatan atau pembangunan di sepanjang sungai, dan penggalian pasir di tebing sungai dapat menyebabkan ketidakstabilan dan memburukkan lagi hakisan.
Bagi langkah jangka masa pendek, di peringkat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Hulu Langat akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan secara lantikan terus atau proses sebutharga dari semasa ke semasa mengikut keperluan atau kejadian runtuhan tebing. Manakala di peringkat JPS Selangor pula bagi jangka panjang satu projek di bawah peruntukan negeri iaitu Projek Tebatan Banjir Di Sungai Rinching, Kampung Rinching Hulu, Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat sedang dalam pelaksanaan. Perincian kerja-kerja berkaitan yang akan dilaksanakan oleh JPS Daerah Hulu Langat adalah seperti di Lampiran A.
Di peringkat JKR Daerah Hulu Langat pula, hotspot kawasan cerun di dalam Selangor telah dikenal pasti dan JKR sentiasa memantau pergerakan cerun. Kerja penyenggaraan dan pembaikan cerun akan dilaksanakan melalui pihak konsesi KSSB untuk jalan negeri dan konsesi PUSB bagi Jalan persekutuan. Bagi cerun didalam premis adalah tanggungjawab pemilik premis untuk memastikan cerun sentiasa diselenggara dan berkeadaan baik.