Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
23) TANAH RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan tanah RIBI yang masih belum dimohon dengan mengikut daerah.
Senarai tanah Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) yang masih belum dimohon setakat tahun 2024 mengikut daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti di LAMPIRAN A.
-
Sila senaraikan tanah RIBI yang telah diwarta tetapi sehingga kini masih belum dibangunkan lagi dengan mengikut daerah.
Merujuk kepada data yang dibekalkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS), setakat November 2024 tapak Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) yang telah diwartakan adalah sebanyak 328 tapak dengan pecahan mengikut daerah seperti di LAMPIRAN B. Namun di peringkat PTGS, tiada maklumat terperinci berkenaan status pembangunan tapak-tapak RIBI yang telah diwartakan ini.