Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

194) TANAH RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak tanah ibadat selain Islam yang telah diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara sehingga sekarang?

    Jumlah tanah ibadat selain Islam yang telah diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara sehingga kini adalah sebanyak 12 kawasan.

  2. Apakah Jabatan-Jabatan Teknikal yang dimaksudkan dan nyatakan secara ringkas pertimbangan-pertimbangan jabatan ini?

    Jabatan-Jabatan Teknikal adalah agensi yang bertanggungjawab untuk memberikan ulasan dan pandangan berhubung sesuatu permohonan tanah. Jabatan Teknikal berkenaan akan mempertimbangkan sesuatu permohonan tersebut berdasarkan perancangan Jabatan bagi sesuatu kawasan yang

    dipohon. Di antara Jabatan- Jabatan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

    i.Jabatan Perancang Bandar dan Desa

    ii.Pihak Berkuasa Tempatan

    iii.Jabatan Kerja Raya Negeri/Daerah

    iv.Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri/ Daerah

    v. Jabatan Alam Sekitar

    vi.Jabatan Mineral dan GeoSains

    vii.Tenaga Nasional Berhad

    viii.Syarikat Bekalan air Selangor

    Pertimbangan/ulasan yang diberikan kebiasaannya adalah berdasarkan kepada bidang kuasa jabatan-jabatan berkenaan contohnya sama ada tapak berkenaan berada dalam zon yang sepatutnya atau tapak tersebut berada dalam rizab jalan ataupun tidak, ataupun tapak tersebut berada di dalam rizab sungai mahupun tidak.

Lampiran

Tiada Lampiran.