Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

228) TANAH RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak bidang tanah yang telah diberi kepada rumah ibadat selain Islam sejak tahun 2008 dan apakah prosedur dan masalah yang disering dihadapi oleh kerajaan semasa memproses permohonan tanah ini?

    1. Tiada pemberimilikan diberikan kepada tanah- tanah kerajaan untuk kegunaan tapak rumah ibadat bukan Islam bagi tahun 2008 hingga Mei 2010. Permohonan untuk pemberimilikan di bawah Sek 76 KTN adalah ditolak dan syor Pengarah Tanah Galian Selangor adalah diwartakan di bawah Sek 62 KTN. Keputusan MMKN Bil.2/2010 bertarikh 26 Jun 2010 telah memutuskan bahawa semua permohonan bagi tapak rumah ibadat bukan Islam diwartakan dan dikawal selia oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Sehingga kini sebanyak 12 kawasan telah diwartakan sebagai tapak  rumah  ibadat  bukan Islam .

    Prosedur permohonan adalah seperti berikut :-

    1. Terima permohonan di bawah Sek. 76 Kanun Tanah Negara dengan mengemukakan Borang Jadual 1 dan permohonan Pelupusan Perizaban Tanah di bawah Seksyen 62

     

    1. Menyediakan laporan tapak/kawasan yang dipohon oleh Penolong Pegawai Tanah.

     

    • Dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal untuk mendapatkan ulasan teknikal.

     

    1. Penyediaan Kertas Ringkasan untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI).

     

    1. Kertas ringkasan dikemukakan dan diangkat untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

     

    1. Kelulusan dikemukakan ke Unit Pewartaan sekiranya permohonan di lulus oleh MMKN secara

     

     

     

     

     

     

     

    Antara masalah yang dihadapi dalam proses permohonan adalah :-

    1. Pemohon tidak mematuhi syarat kelayakan memiliki

     

    1. Tanah yang dipohon termasuk di dalam kawasan lapang dan Tanah Rizab yang tidak mendapat sokongan dari Jabatan-Jabatan

     

    • Kawasan yang dipohon tidak berada di dalam Zon mengikut Pelan Perancang yang sedia ada seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa

Lampiran

Tiada Lampiran.