Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
44) TANAH RIZAB RUMAH-RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan telah menetapkan untuk tidak memberi hakmilik tanah kepada rumahrumah ibadat selain Islam sejak 2008. Sebaliknya, kerajaan akan membuat perwartaan tanah (gazzette) terhadap sesuatu tanah itu sebagai tanah rizab rumah ibadat selain Islam. Berapa banyak tanah yang telah diwartakan di bawah dasar ini bermula tahun 2008 sehingga sekarang?
-
Terdapat ura-ura bahawa tanah yang diwartakan ini akan dinyahwarta (degazzette) dan kerajaan akan merampas tanah ini. Apakah proses dan prosedur untuk penyahwartaan?