Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

180) TANAH RIZAB ORANG ASLI

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan usaha kerajaan dalam mewartakan tanah rizab Orang Asli di Selangor?

    Tanah merupakan salah satu elemen penting kepada kehidupan masyarakat Orang Asli. Mengikut rekod dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sehingga Jun 2024, daripada 74 buah kampung, sebanyak 32 buah kampung telah diwartakan dan 2 buah kampung telah diberi hak milik bergeran manakala baki 40 buah kampung masih dalam proses perwartaan.

    Terdapat beberapa inisiatif yang telah dan akan terus dilaksanakan oleh Jabatan ini untuk menjaga dan memelihara kepentingan dan hak tanah Orang Asli. Antara langkah yang telah dibuat adalah seperti berikut:

    1. Mengiktiraf bahawa Orang Asli mempunyai hak ke atas tanah adat dan tanah yang mereka duduki atau gunakan;
    2. Menjamin dan melindungi tanah pegangan Orang Asli termasuklah mengukur dan mewartakan tanah atau wilayah tanah adat yang diduduki atau digunakan oleh Orang Asli di bawah Akta 134 atau Kanun Tanah Negara dengan segera dan mengekalkan pewartaan;
    3. moratorium (syarat-syarat tertentu) bagi pelupusan tanah – di sekitar kawasan Orang AsIi bagi satu tempoh sehingga selesai pewartaan;
    4. Mewartakan Kawasan Tambahan bagi menampung populasi masyarakat Orang Asli;
    5. Menyerahkan Tanah Rizab Orang Asli sedia ada kepada masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan tersebut; dan
    6. Mengiktiraf hak tanah Orang Asli di kawasan yang dilindungi dengan mengiktiraf bahawa Orang Asli juga mempunyai hak ke atas tanah adat mereka secara bersesama (co-exist) di kawasan mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 dan mengutamakan penggantian semula tanah yang sama kualiti

Lampiran

Tiada Lampiran.