Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
199) TANAH RIZAB ORANG ASLI
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keluasan tanah yang telah digazetkan sebagai rizab orang asli?
PEJABAT Y.B. PUAN ELIZABETH WONG / BADAN BERTINDAK TANAH ORANG ASLI SELANGOR (BBTOAS)
Jumlah keluasan tanah yang telah digazetkan sebagai rizab orang asli dalam rekod Pejabat Tanah & Daerah adalah seperti berikut:
Bil. Daerah Keluasan 1. Gombak 346 ekar 2. Klang 1.214 hektar 3. Hulu Langat 410.49 ekar 4. Hulu Selangor 24.148 ekar 5. Kuala Langat 1,655.8 ekar 6. Sepang 641.55 ekar 7. Petaling Tiada rekod 8. Kuala Selangor Tiada Penempatan Orang Asli 9. Sabak Bernam Tiada Penempatan Orang Asli -
Sila nyatakan lokasi dan keluasan tanah yang digazetkan oleh Kerajaan Negeri sebagai rizab orang asli setiap tahun dari 2004 sehingga 2014.
Lokasi dan keluasan tanah yang telah digazetkan oleh Kerajaan Negeri sebagai rizab orang asli dari tahun 2004 sehingga 2014 adalah seperti berikut:
Bil Daerah Lokasi Keluasan 1. Gombak Tiada Tiada 2. Klang Bandar Sultan Sulaiman 1.214 hektar 3. Hulu Langat Tiada Tiada 4. Hulu Selangor Kg. Orang As Sg Jang Mukim Kerling Hulu Selangor
4.178 ekar 5. Kuala Langat Sg. Bumbun di Pulau Carey Mukim Jugra Kuala Langat
329.6 ekar 6. Sepang Tiada Tiada 7. Petaling Tiada Tiada -
Berapakah keluasan yang digazetkan sejak Jan 2015 sampai sekarang?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor (BBTOAS) berusaha dalam peringkat proses untuk mendapatkan pelan pra-hitungan tanah orang asli bagi tujuan pewartaan sebagai rizab orang asli. Antara kawasan-kawasan tersebut adalah seperti berikut:
Bil. Daerah Lokasi 1. Kuala Langat Kg. Orang Asli Pulau Banting 2. Kuala Langat Kg. Orang Asli Kepau Laut 3. Sepang Kg. Orang Asli Jambu 4. Sepang Kg. Orang Asli Galo 5. Sepang Kg. Orang Asli Bukit Tampoi Tasik Seberang 6. Sepang Kg. Orang Asli Bukit bangkong Sg. Pelek 7. Sepang Kg. Orang Asli Bukit Jenuk 8. Hulu Langat Kg. Orang Asli Kechau Luar 9. Hulu Langat Kg. Orang Asli Sg. Naning 10. Hulu Selangor Kg. Orang Asli Sg. Kelubi Selain itu, penempatan Orang Asli yang telah dihantar ke Pejabat Tanah & Daerah untuk digazetkan adalah seperti berikut:
Bil Daerah Lokasi Keluasan 1. Sepang Kg. Orang Asli Sg. Buah 36.431 ekar 2. Sepang Kg. Orang Asli Kelinsing 164.77 ekar 3. Sepang Kg. Orang Asli Bakok 9.056 ekar Jumlah Keluasan 210.257 ekar