Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

17) TANAH RIZAB ORANG ASLI

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan Kampung Orang Asli dan keluasan yang telah diwartakan sebagai kawasan atau rizab orang asli sejak tahun 2008 mengikut daerah.

    Jumlah bilangan kampung Orang Asli dan keluasan yang telah diwartakan sebagai kawasan atau Rizab Orang Asli sehingga 2017 mengikut daerah seperti berikut :-

     

    BIL

     

    DAERAH

    NAMA KAMPUNG KELUASAN (EKAR) TARIKH WARTA  

    NO WARTA

     

    1.

    Hulu Selangor Kampung Orang Asli           Sungai

    Jang Kerling

     

    4.18

     

    24.10.2013

     

    3898

     

    2.

    Kuala Langat Taman        Desa

    Kemandol

    86.79 13.03.2016 GN 600
    Sungai Bumbun 329.6 26.10.2017 Masih di PNB
     

    3.

     

    Sepang

     

    Kampung Bakok

     

    9.044

     

    26.10.2017

    Masih dalam proses percetakan di

    PNB

     

     

    4.

     

     

    Klang

    Tanjung Harapan, Bandar     Sultan Sulaiman, Pelabuhan

    Klang

     

     

    3.00

     

     

    13.10.2011

     

     

    3676

     

     

    Bil

     

    Daerah

     

    Nama Kampung

     

    Keluasan

     

    Tarikh Warta

     

    No warta

    5. Kuala

    Selangor

    tiada tiada tiada tiada
    6. Sabak

    Bernam

    tiada tiada tiada tiada
    7. Hulu Langat tiada tiada tiada tiada
    8. Gombak tiada tiada tiada tiada
    9. Petaling tiada tiada tiada tiada

     

  2. Apakah halangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri menyebabkan proses pewartaan agak lambat?

    Pihak Berkuasa Negeri akan meluluskan perizaban mana-mana Tanah Kerajaan untuk maksud penempatan / kawasan Orang Asli melalui permohonan lengkap yang dikemukakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bersama pelan pra-hitungan (pre-com plan) yang disediakan oleh Juruukur Berlesen. Seterusnya setelah tanah yang telah diluluskan perizaban diukur halus melalui pengeluaran Pelan Warta (PW) oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), pengisytiharan perizaban akan diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor. Proses ini akan mengambil tempoh masa yang lama sekiranya isu tanah yang dicadangkan untuk perizaban tidak diselesaikan seperti isu pertindihan lot, pelan tanah yang dikemukakan tidak sempurna dan masalah dalam proses ukur halus untuk pengeluaran Pelan Warta (PW).

Lampiran

Tiada Lampiran.