Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

25) TANAH RIZAB ORANG ASLI

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan keluasan tanah rizab Orang Asli yang digazetkan pada tahun 2016? Senaraikan

    Keluasan tanah rizab Orang Asli yang digazetkan pada tahun 2016 di bawah Akta 134, Seksyen 7 (Akta Orang Asli, 1954) adalah seluas 157.273 hektar seperti berikut:

    Bil. Kampung Keluasan Tanah (Hektar)
    1. Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Kuala Langat 136.22 hektar
    2. Kampung Orang Asli Pulau Banting 21.053 hektar

     

  2. Berapakah tanah yang sedang dalam proses? Senaraikan tanah-tanah ini dan berapa lama proses ini telah diambil.

    Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan merupakan agensi yang bertanggungjawab bagi mengangkat permohonan pewartaan perkampungan Orang Asli ke Pejabat Tanah peringkat Daerah dan Negeri. Kuasa memproses dan meluluskan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sehingga Disember 2016, jabatan ini telah mengangkat sebanyak 23 permohonan dan masih menunggu jawapan berkaitan permohonan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.