Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

256) TANAH RIZAB MELAYU (TRM)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik keluasan TRM seluruh negeri Selangor dan peratus keluasan TRM berbanding keluasan Negeri Selangor dalam tempoh 10 tahun hingga kini?

    Berdasarkan rekod Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS), keluasan keseluruhan Negeri Selangor sejak tahun 2016 ialah 2,001,539.44 ekar, manakala jumlah keluasan tanah rizab Melayu (TRM) yang terkini di Negeri Selangor ialah 443,856.65 ekar yang bersamaan dengan 22.17 peratus daripada keluasan keseluruhan. Butiran terperinci mengenai statistik keluasan TRM seluruh Negeri Selangor dan peratus keluasan TRM berbanding keluasan Negeri Selangor bagi tahun 2016-2023 adalah seperti di Lampiran 1.

  2. Nyatakan keluasan TRM yang telah dibatalkan statusnya bagi tujuan Pembangunan dan keluasan TRM yang diisytihar sebagai tanah ganti bagi tempoh 10 tahun hingga kini?

    Keluasan TRM yang telah dibatalkan statusnya bagi tujuan Pembangunan dan keluasan TRM yang diisytiharkan sebagai tanah ganti bagi tempoh sedekad yang lalu sehingga kini adalah seperti berikut:

     

    Perkara

    Keluasan tanah (ekar)

    Jumlah keluasan TRM yang telah dibatalkan

    12,187.95 ekar

    Jumlah keluasan TRM yang diisytiharkan sebagai tanah ganti

    5,570.19 ekar

    Baki

    6,617.76 ekar