Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
121) TANAH RIZAB MELAYU (TRM)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Sallehudin Bin Amiruddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat Tanah Rizab Melayu yang telah diberi milik kepada 207 syarikat yang tidak disenaraikan didalam jadual ketiga ERM142.
Senarai 207 syarikat yang tidak disenaraikan didalam jadual ketiga ERM142 seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1 mengenai aktiviti Jabatan Dan Pengurusan Kerajaan Negeri Selangor Mengenai Pengurusan Tanah Rizab Melayu adalah seperti perincian yang saya akan bekalkan. Ini kerana maklumat tersebut terlalu banyak untuk dibacakan secara lisan. Untuk makluman Yang Berhormat, tiada kelulusan diberikan kepada mana-mana syarikat yang bukan berstatus melayu yang tidak disenaraikan di jadual ketiga ERM142. Pertukaran syarikat berstatus melayu berlaku apabila pemegang saham didalam syarikat telah bertukar kepada bukan melayu dan syarikat tersebut telah bertukar kepada entiti kepada syarikat bukan melayu. Kejadian ini berlaku diluar kawalan Pejabat Daerah dan Tanah kerana ia diproses diperingkat Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan tidak memerlukan kelulusan Pejabat Daerah dan Tanah.
Seperti di Lampiran.
-
Mohon kerajaan senaraikan 207 syarikat tersebut.