Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

50) TANAH RIZAB MELAYU (TRM)

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Sallehudin Bin Amiruddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai cadangan untuk menyambung pajakan tanah rizab melayu yang akan tamat 40 tahun lagi dikampung-kampung tradisi yang dihimpit pembangunan diseluruh Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat Kuang, permohonan perlanjutan tempoh pajakan boleh dimohon dalam tempoh pegangan masih sah melalui Seksyen 90A Kanun Tanah Negara atau di bawah Seksyen 197 dan 76. Pemohon boleh memohon sekiranya tempoh pajakan masih berbaki tanpa perlu menunggu sehingga tamat. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Daerah dan Tanah yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.