Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

218) TANAH RIZAB MELAYU (TRM)

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keluasan TRM yang telah diwartakan di Selangor setakat ini?

    Jumlah bagi keluasan TRM yang telah diwartakan di Negeri Selangor setakat ini adalah 401,559.21 ekar (162,505.24 hektar).

     

    Pecahan keluasan Tanah Rizab Melayu mengikut Daerah adalah seperti berikut :

  2. Berapakah jumlah keluasan TRM yang telah dinyahwartakan dan apakah objektif penyahwartaan ini dilakukan ke atas tanah-tanah tersebut?

    Jumlah keluasan TRM yang telah dinyahwartakan adalah sejumlah 19 ekar (777.49 hektar) dan objektif penyahwartaan ini dilakukan adalah atas dasar pembangunan iaitu urusan pindah terbuka. Untuk makluman Yang Berhormat, pembatalan Tanah Rizab Melayu perlu diganti mengikut Pekeliling PTGS Bilangan 3/2015; Garis Panduan Urusan Pembatalan Dan Penggantian Tanah Rizab Melayu Semasa Pengambilan Tanah Bagi Tujuan Awam Atau Kemudahan Awam Bagi Kegunaan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di Negeri Selangor Darul Ehsan.

    Jumlah keseluruhan TRM yang telah dinyahwartakan adalah seperti berikut :

Lampiran

Tiada Lampiran.